Selasa, 27 Mac 2012

MAJLIS TAKLIMAT DAN AGIHAN BANTUAN BULANAN MAIDAM DAERAH MARANG


Marang 26/03/2012 - Majlis Taklimat Dan Agihan Bantuan Bulanan MAIDAM Daerah Marang telah diadakan di Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang bemula jam 9.30 pagi. Seramai 282 orang penerima keseluruhan Daerah Marang, dimana seramai 113 orang daripada DUN Rhu Rendang.


Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku dan turut hadir sama Penolong Setiausaha Agihan Zakat MAIDAM, Ustaz Tuan Haji Yaacob bin Abdullah, Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK Daerah Marang.

 
Menurut Penolong Setiausaha Agihan Zakat Negeri Terengganu, bantuan Zakat akan dinaikan mengikut kategori penerima bermula daripada bulan April, 2012.
 
 
 
 
Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...