Selasa, 12 Februari 2013

Pelancaran Tabung Simpanan Masa Depan Warga JKKK Seberang Marang Pantai

Rhu Rendang 11/02/2013 - Pelancaran Tabung Skim Pelaburan ASNB bagi warga JKKK Seberang Marang Pantai berlangsung di Balai Raya pada hari ini 11/02/2012 bermula jam 3.00 petang.

Pelancaran telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku dengan memberikan semangat kepada penduduk setempat agar terus menabung didalam ASNB demi masa depan anak-anak dan juga diri sendiri.

Pelancaran Skim Pelaburan ASNB ini adalah julung-julung kali diadakan dikawasan ini dan demi untuk memberikan suntikan semangan menabung, maka wang pendahuluan untuk membuka akaun Skim Pelaburan ASNB bagi setiap individu sejumlah RM10.00 akan disumbangkan oleh beliau dari tabung DUN Rhu Rendang.


Sebelum pelancaran tersebut dilaksanakan, pegawai Skim Pelaburan ASNB Kuala Terengganu, Puan Azlina Muhammad telah memberikan taklimat mengenai skim tersebut. Seramai lebih kurang 200 orang penduduk setempat menghadiri program yang dianjur.


Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...