Rabu, 13 Februari 2013

Majlis Penganugerah Pelajar Cemerlang UPSR & PMR 2012 DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang 12/02/2013Majlis Penganugerahan Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR & PMR 2012 kali ke 34 Tahun 2013 bagi DUN Rhu Rendang berlangsung pada hari ini 12/02/2013 jam 9.00 pagi di Dewan Utama Majlis Daerah Marang. 

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Seramai 171 orang pelajar (96 - UPSR dan 75 - PMR) dari DUN Rhu Rendang menerima anugerah tersebut. 

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Terengganu dan Pengarah Pelajaran Daerah Marang, ibu / bapa pelajar.

Bagi pelajar cemerlang UPSR menerima RM120.00, manakala pelajar cemerlang PMR menerima RM160.00 setiap seorang.


Dalam ucapan ringkas tapi padu Tuan Haji Nik Dir mengucapkan tahniah dan syabas kepada ibu/bapa terutama guru-guru yang telah mendidik pelajar-pelajar dengan penuh didikasi dengan kualiti yang cukup tinggi, sehinggakan pelajar-pelajar daripada DUN Rhu Rendang mencapai tahap kecemerlangan yang sangat membanggakan.

 

Namun begitu lontaran terima kasih yang tidak terhingga juga perlu di ajukan kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri kerana telah membantu sepenuhnya hampir-hampir 100 % dalam sistem pembelajaran serta menaja pelajar-pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke luar negara didalam berbagai-bagai bidang.


Sebagai contoh sistem pembelajaran yang dipelopori oleh Kerajaan Negeri Terengganu adakah tidak terdapat sama sekali dinegeri-negeri lain di Malaysia. Ini adalah disebabkan Kerajaan Negeri Terengganu berkemampuan untuk melaksanakannya.

Turut berkongsi kegembiraan adalah ibu kepada pelajar kembar iaitu adik Rossalina dan Rossalini
yang sekarang ini sedang menuntut di Tingkatan Satu SMK Tengku Lela Segara.
Oleh itu ibu/bapa perlu sedar bahawa Kerajaan BN telah banyak membantu meningkatkan mutu pendidikan untuk anak-anak, namun masih ada lagi ibu/bapa yang sanggup mencaci Kerajaan  BN sepertimana yang berlaku sekarang ini. Kita perlu menyalahkan diri sendiri sebelum menyalahkan diri orang lain.

Daerah Marang telah ujud sejak 1912 iaitu kira-kira 101 tahun yang lalu, namun tetap tertinggal daripada segi pembangunan dan sebagainya, jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain di Negeri Terengganu. Ini disebabkan Ahli Parlimen dan DUN yang menerajuinya tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat kepadanya sejak 31 tahun.

Oleh yang demikian semua ibu/bapa serta warga DUN Rhu Rendang perlu fikir-fikirkan lah perkara ini dengan sebaik mungkin demi untuk masa depan anak-anak, yang akan memperjuangkan serta memertabatkan anak bangsa ke peringkat global.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...