Rabu, 6 Februari 2013

10,000 SERTAI PERARAKAN MAULIDUR RASUL DI MARANG



MARANG 05 Feb 2013 - Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Marang di sini hari ini berlangsung begitu meriah dan luar jangkaan dengan kehadiran kira-kira 10,000 umat Islam pelbagai peringkat umur yang menyertai perarakan sejauh 4 kilometer.

Mereka terdiri daripada 145 kontinjen mewakili agensi kerajaan, badan berkanun dan beruniform, syarikat swasta, institusi pengajian tinggi, sekolah, JKKK dan Pergerakan UMNO serta pertubuhan bukan kerajaan.

Perarakan yang diketuai oleh YB Datuk Yahya Khatib Muhamad selaku Ketua Pergerakan UMNO Daerah Marang. Perarakan bermula dari perkarangan Masjid Nur Zahirah dan kelur melalui lebuh raya menghala ke Kuala Terengganu dan masuk dipersimpangan Rhu Rendang dan seterusnya ke perkarangan Dewan Utama Majlis Daerah, Kg. Paya.

 
Selain perarakan, majlis sambutan turut diserikan dengan bacaan al-Quran, marhaban serta nyanyian nasyid mengenai sejarah hidup Nabi Muhammad SAW.
Sementara itu, YB Datuk Yahya Khatib dalam ucapannya berkata, semangat dan komitmen yang ditunjukkan peserta perarakan dalam meraikan hari kelahiran dan mengenang kembali perjuangan Rasulullah amat membanggakan.
Selain itu, katanya, tema sambutan Maulidur Rasul iaitu Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah amat bertepatan dengan kesederhanaan yang diamalkan di negara ini yang berjaya menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan agama.

"Bagi kita umat Islam, apa yang diajar Rasulullah SAW serta kisah perjuangan baginda menjadi teladan untuk menyusun langkah perjuangan sama ada dalam pekerjaan, perniagaan atau pentadbiran.

"Dari situ kita mendapat ilham untuk memperbaiki kelemahan yang ada dari semasa ke semasa," katanya.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...