Sokongan rakyat terutama peringkat akar umbi di negeri ini
dilihat semakin kuat kerana mereka menyedari keupayaan Barisan Nasional (BN)
yang telah membawa satu anjakan pembangunan kepada Terengganu berbanding masa
lalu.
Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu, YB Khazan Che Mat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat, berkata pihaknya menyifatkan kenyataan seperti ini hanyalah cubaan pihak-pihak tertentu yang semakin gelisah dengan arus sokongan semasa BN yang terus bersemarak.
"Malah dengan keupayaan BN yang ditunjangi UMNO mentadbir negeri dan
membela nasib rakyat secara menyeluruh membuatkan golongan yang tersepit ini
tidak senang duduk sehingga memaksa mereka mencipta dakyah palsu sedemikian
rupa.
“Kita menafikan sekeras-kerasnya pelbagai dakwaan karut yang datang daripada pembangkang, mereka gemar menidakan apa yang dilaksanakan kerajaan kerana mahukan perhatin,” kata ketika berucap di satu majis baru-baru ini.
"Sebab itu kita tidak hairan dengan fitnah dan dakwaan tanpa asas yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.
Tanggapan pihak tertentu kononnya rakyat di negeri ini semakin
menolak UMNO khususnya Barisan Nasional (BN) disifatkan satu kenyataan yang
tidak berasas dan menyimpang dari fakta yang sebenar.
Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu, YB Khazan Che Mat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat, berkata pihaknya menyifatkan kenyataan seperti ini hanyalah cubaan pihak-pihak tertentu yang semakin gelisah dengan arus sokongan semasa BN yang terus bersemarak.
“Kita menafikan sekeras-kerasnya pelbagai dakwaan karut yang datang daripada pembangkang, mereka gemar menidakan apa yang dilaksanakan kerajaan kerana mahukan perhatin,” kata ketika berucap di satu majis baru-baru ini.
Katanya, pembangkang bimbang bantuan dan kebajikan yang
ditaburkan kepada rakyat akan memberi kesan negatif terhadap puak itu.
“Kita percaya rakyat di
negeri ini akan menilai rekod pentadbiran kerajaan yang ada sekarang berbanding
fitnah yang dilemparkan.
"Sebab itu kita tidak hairan dengan fitnah dan dakwaan tanpa asas yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.
YB Khazan yakin selagi BN
berjaya mentadbir dengan baik dan peka terhadap tuntutan rakyat, segala
tohmahan yang dilemparkan tidak akan meninggalkan kudis.
Sumber:teganukita