Sabtu, 21 Julai 2012

Sumbangan mampu terus aktifkan persatuan



“Tidak pernah sebelum ini persatuan kami memperoleh sumbangan sebanyak ini daripada mana-mana pihak walaupun mengetahui wang itu penting untuk kebajikan ahli dan pentadbiran.

“Kami tidak pernah meminta melainkan ada di kalangan ahli yang berkemampuan yang menghulurkannya supaya pertubuhan yang ditubuhkan lebih 24 tahun lalu terus aktif,” kata Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Ikan Melayu Kuala Terengganu, Md Tahar Abdullah.


Persatuan itu yang menerima sumbangan RM4,000 daripada kerajaan negeri berazam untuk terus menjaga kebajikan kira-kira 500 ahli, termasuk berkaitan khairat kematian, ahli uzur dan pinjaman modal.

Md Tahar ditemui Teganukita selepas Program NGO Dihatiku di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.

Program yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Rozi Mamat itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Perundingan NGO Negeri Terengganu, YB Senator Haji Abdul Rahman Bakar.


Tetamu kehormat lain, penceramah khas yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan) Dato' Wan Ahamad Wan Muda dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.

Lebih 2,000 peserta yang juga ahli NGO hadir pada program yang bertujuan memupuk semangat berpersatuan dan menjalin hubungan silaturahim antara pemimpin negeri.

Sementara itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad, berkata kerajaan negeri kesal dengan sikap pembangkang yang gemar menjadikan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai perkakas dan topeng untuk menonjolkan diri sendiri kononnya pembela bangsa.

“Apabila berjaya memikat hati NGO, pelbagai hasutan dan fitnah keji dileparkan supaya pihak itu membenci kerajaan mentadbir.

“Budaya seumpama ini boleh melumpuhkan usaha murni kerajaan yang sememang serius ingin membantu masyarakat dalam pelbagai aspek,” katanya.

Katanya, mana-mana ahli NGO diminta menjauhi kelompok manusia dikesan mahu menghasut dan mengkhianati agenda kerajaan kerana tiada kesan positif diperoleh sebaliknya memberi kesan buruk pada diri sendiri,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...