Marang 24/07/2012 - Program Pengagihan Dana Bakti Remaja 2012 DUN Rhu Rendang masuk ke fasa terakhir bagi tahun ini berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang pada hari ini dengan melibatkan 1,201 orang penerimanya.
Program pengagihan disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, bermula jam 9.00 pagi bagi peti undi Pulau Kerengga, Beris Gong, Kuala Tengah, Medan Jaya dan Medan Jaya 1 melibatkan 533 penerima. Manakala disebelah petangnya pula bermula jam 2.30 petang bagi peti undi Kijing, Paya, Rhu Rendang dan Rhu Rendang Pantai, melibatkan seramai 668 orang penerima.
Program yang dianjur oleh Kerajaan Negeri Terengganu ini akan diteruskan pada setiap tahun.
Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI dan DISINI