MARANG - Menteri Besar Terengganu, DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR dipilih sebagai YANG DIPERTUA PAS KAWASAN MARANG
yang
baharu bagi
menggantikan Yahaya Ali yang melepaskan jawatannya hari ini.
Ahmad Samsuri, 49, menang tanpa bertanding dalam pemilihan sempena
Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Marang diadakan di Dewan Majlis Daerah
Marang di sini. Turut menang tanpa bertanding adalah jawatan Timbalan Yang
Dipertua Pas disandang Mohd Nor Hamzah di samping Naib Yang Dipertua Pas
kawasan itu, Ariffin Deraman.
Yahaya ketika berucap menyifatkan masa ini merupakan masa terbaik
untuknya melepaskan jawatan itu selepas lima penggal diberi amanah memimpin Pas
kawasan Marang. Beliau berkeyakinan penggantinya mampu menjalankan
tanggungjawab memimpin berdasarkan reputasi sangat baik dalam kalangan
masyarakat sekali gus boleh menjadikan Pas kawasan itu lebih kuat.
Pemimpin datang dan pergi adalah lumrah dalam kehidupan kita
lebih-lebih lagi kita sebagai sebuah jemaah dan gerakan Islam. Saya yakin orang yang menggantikan tempat saya
Insya-ALLAH tidak akan mengecewakan para perwakilan, pemerhati dan ahli,
katanya.
Beliau berucap demikian dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas Marang yang
dirasmikan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad di Dewan Majlis Daerah Marang di sini
hari.
Rujukan: KLIK DISINI