Rabu, 31 Januari 2024

DAULAT TUANKU: PERTABALAN SPBYDA KE 17

 


Kerajaan senada dengan rakyat memanjat syukur serta menjunjung kasih atas pemerintahan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al Sultan Abdullah.

Sesungguhnya, pandangan jauh lagi berwawasan yang dizahirkan oleh Duli Tuanku menerusi peranan penting baginda sebagai Raja Berperlembagaan telah memungkinkan kestabilan politik, sosial dan ekonomi seperti yang kita nikmati dan saksikan pada hari ini.
Lantaran itu, mari bersama kita raikan permulaan tampuk pemerintahan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim.
Kerajaan MADANI mendukung sepenuhnya dan mengalu-alukan titah Baginda sebelum ini yang ingin melihat negara ini meneruskan tadbir urus yang baik, telus, pemacuan ekonomi yang mampan serta memberi sepenuh perhatian kepada usaha meningkatkan darjat hidup rakyat.
Ini juga merupakan hasrat jutaan rakyat yang ingin terus melihat kestabilan negara demi kemakmuran dan kesejahteraan serta peluang dan masa depan yang lebih baik untuk semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...