Rabu, 24 Januari 2024

Isteri Daim Mengaku Tidak Bersalah Gagal Isytihar Harta.

 


KUALA LUMPUR: Toh Puan Na’imah Khalid, isteri kepada bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan gagal mengisytihar 12 harta.

Harta-harta tersebut adalah sebuah Menara Ilham, dua buah syarikat, dua buah kenderaan mewah, sebuah rumah dan beberapa lot hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Azura Alwi.

Na’imah, 67, didakwa dengan sengaja memberikan pernyataan bertulis secara bersumpah bertarikh 8 November 2023 tanpa mematuhi terma notis yang dinyatakan di bawah Seksyen 36(1)(b) akta itu.

Berdasarkan pertuduhan, notis itu dihantar kepada tertuduh oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023.

Manakala kesalahan didakwa dilakukan pada 13 Disember 2023 di Ibu Pejabat SPRM di Presint 7, Putrajaya, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut  Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.

Mahkamah juga menetapkan 22 Mac untuk sebutan semula kes.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...