Selasa, 9 Januari 2024

Wah, Tak Sangka Daun Pandan Ada 21 Khasiat Ini, Patut Orang Tua-Tua Suka!


 
Kelebihan yang terdapat pada pokok pandan bukanlah satu rahsia lagi, malah ia sering digunakan di dalam masakan sebagai penyumbang utama kepada aroma makanan. Selain itu, terdapat manfaat lain dari pokok pandan seperti khasiat daun pandan dan akarnya yang mungkin anda belum tahu.

Sebagaimana perkongsian dari saudara Syed Bukhari ini, terdapat 21 petua yang boleh anda cuba yang hanya dihasilkan dari pokok pandan sahaja. Walaupun, hanya sekadar petua yang tiada jaminan ia berkesan, namun tiada salah untuk mencuba. Mungkin ia berkesan pada anda.

KHASIAT-KHASIAT DARI POKOK PANDAN YANG BOLEH DICUBA

1. Menurunkan darah tinggi

2. Mengubati lemah saraf

3. Mengatasi lemah syahwat

Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf, daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki.

  • Ambil sehiris halia, sekeping kulit kayu manis, beberapa biji halba dan tiga daun pandan
  • Cuci bersih dan potong kecil-kecil
  • Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas
  • Minum ramuan tersebut dua kali sehari
  • Setiap pagi dan petang, masing-masing satu gelas setiap kali minum

4. Menurunkan bacaan gula

5. Mencuci kewanitaan

  • Rebus daun pandan, daun inai, daun sirih, buah manjakani dan sedikit garam
  • Setelah suam buat cuci kewanitaan
6. Merawat gout

7. Menghilangkan bau badan

8. Matikan kuman dalam darah

9. Menurunkan kolestrol

10. Mengatasi sembelit

11. Melembutkan daging

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

12. Buka selera makan

  • Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan

13. Makanan tidak cepat basi

14. Merawat rambut

  • Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua
  • Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala
  • Biarkan selama 30 minit
  • Basuh kepala dengan air atau syampu

15. Melicinkan kulit

  • Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik
  • Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang

16. Merawat resdung, jeragat dan jerawat gajah

  • Kisar daun bersama buah limau
  • Kemudian sapu pada muka
  • Setelah itu dibilas bersih

atau

  • Boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.
  • Tampal tebal-tebal bila dah kering
  • Gosok-gosok dengan sapu tangan
  • Kemudian dibilas dengan air suam

17. Pewangi alami

  • Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil ke dalam bekas.
  • Letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semula jadi.

18. Merawat susah tidur

  • Ambil daun pandan dan jemur kering
  • Digunting kecil-kecil dan masukkan dalam bantal
  • Maksudnya, sebagai ganti kekabu atau kapas
  • Masukkan juga jintan putih dan jintan manis

19. Pewarna asli

  • Kisarkan dengan sedikit air dan tapis
  • Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman

20. Buang angin dalam badan

  • Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu dan diminum suam.

21. Mengecutkan rahim

  • Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak
  • Amalkan secara berterusan selama 40 hari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...