Ahad, 28 Januari 2024

Tunku Mahkota Johor dilantik Pemangku Sultan Johor


 Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan Tunku Ismail itu mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli memaklumkan pelantikan itu menerusi kenyataan rasmi kepada media hari ini.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan bagi negeri dan jajahan takluk negeri Johor dengan nasihat dan persetaan Jumaah Majlis Diraja dan dengan kuasa dan kehendak Fasal 9(1)(d) dan (3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 telah suka dan berkenan melantik Waris Takhta Kerajaan Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail sebagai Pemangku Sultan Johor.

“Pelantikan ini hendaklah berterus selama Sultan Ibrahim menjalankan kerja-kerja Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...