MUNGKIN JUGA ADA DI MALAYSIA ?
SEORANG
budak lelaki berusia lima tahun menjumpai sebuah kamera tersembunyi dalam
tandas di sebuah outlet Starbucks di Lancaster, California,
Amerika Syarikat.
Kanak-kanak itu menjumpai telefon bimbit yang diaktifkan
aplikasi kamera dan video bertujuan untuk mengintai pengunjung rangkaian coffee shop popular tersebut.
Kanak-kanak
itu terperasan tentang telefon bimbit tersebut ketika sedang menemani ibunya
yang membuang air kecil di tandas.
“Saya perasan anak saya memandang pada bahagian bawah
sinki dan saya tanya dia kenapa, dia beritahu ada telefon bimbit di bawah sinki
dalam tandas yang kami gunakan.
“Perkara ini telah melanggar hak privasi individu, bukan
saya sahaja sebaliknya anak saya turut jadi mangsa,” kata wanita tersebut.
Tak dapat dipastikan sudah berapa lama aktiviti terkutuk
itu dijalankan dan pihak berkuasa kini sedang menyiasat sama ada terdapat live streaming yang menunjukkan aktiviti-aktiviti
pengunjung dalam wash room berkenaan.
Seorang wakil pengurusan Starbucks berkata, pihak mereka
berasa sangat kesal dengan insiden tersebut dan akan mengambil langkah
sewajarnya bagi menjaga keselamatan pekerja serta pelanggan mereka daripada
dicerobohi individu tidak bertanggungjawab.
Sumber: KLIK DISINI