Mahathir
Sendiri Lulus Beli Scorpene, Syed Saddiq Bolehlah Ditipu
Pembelian dua buah kapal selam Scorpene dan sebuah
kapal selam latihan mendapat ‘lampu hijau’ oleh Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan pada 1995.
Tanpa menamakan nama kedua-dua pemimpin berkenaan,
Bekas pegawai penyiasat ketenteraan, pendedahan Kapten (B) Abdul Rahmat
Tun Haniff dipercayai merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad
serta Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Perdana Menteri serta Menteri
Kewangan pada tahun berkenaan.
Abdul Rahmat membidas penafian bekas Perdana Menteri
itu yang menyatakan tidak tahu mengenai pembelian Scorpene sungguhpun kontrak
pembelian ditandatangani pada 2002 setelah mendapat oleh Dr Mahathir sendiri.
“Mahathir boleh memperbodohkan pemuda seperti Ketua Amanda (Armada) Pribumi Syed Sajat (Syed Saddiq). Mereka yang lebih matang mengetahui
perkara sebenar.
“Lampu hijau bagi pembelian Scorpene diberikan oleh
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sejak 1995 lagi. Saya biarkan anda teka
nama mereka. Rundingan dilakukan mengikut prosedur kontrak perolehan
pertahanan,” kata Abdul Rahmat dipetik blognya
Semalam, Dr
Mahathir menyatakan bahawa beliau mengetahui mengenai pembelian Scorpene
selepas beliau melepaskan jawatan pada 2003 dan ianya tidak pernah dibincangkan
dalam mesyuarat kabinet.
“Kapal selam
itu kita tak boleh guna di Selat Melaka. Dan kita tidak ada duit, kosnya
tinggi. Tetapi tiba-tiba setelah saya bersara, saya dapat tahu menteri
pertahanan sudah buat pesanan untuk mendapatkan dua buah Scorpene,” katanya
merujuk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan menteri pertahanan
pada waktu tersebut.
Menyifatkan
kenyataan Dr Mahathir sebagai kenyataan ‘U-turn’, Abdul Rahmat berkata bekas
Perdana Menteri itu cuba memutarbelit isu pembelian kapal selam berkenaan
berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) yang semakin hampir.
Kupasan
pemerhati politik, Rosman Bistamam mengenai isu Scorpene bertajuk “Apakah Tun M
tidak menyedari pembelian kapal selam?” menyatakan Dr Mahathir sememangnya
mengetahui pembelian kapal selam berkenaan – begitu juga semua menteri kabinet
serta seluruh ahli parlimen.
Sumber: BERSAMBUNG LAGI DAN KLIK DISINI