Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang hari ini memberi amaran kepada para penentang undang-undang hudud terutama daripada
kalangan umat Islam sendiri dengan bersandarkan tiga
potong ayat Al-Quran iaitu surah Hud ayat 18, surah Al-Baqarah ayat 208 dan surah
Al-Maidah ayat 82.
Menurut Abdul Hadi, hanya mereka yang buta al-Quran akan melabel hukum hudud itu sebagai ciptaan Pas.
“Bahkan tidak boleh dicipta Nabi Muhammad SAW. Biarkan hanya
mereka bersama penjajah menentang hukum
ALLAH SWT terus rela tenggelam bersama kejahilan
dan kebebalan mereka.
“Walaupun Pas telah perkenalkan melalui proses demokrasi serta
dipamerkan kepada umum khususnya kalangan bukan Islam dalam dan luar negara,
namun masih ramai yang beragama Islam buta al-Quran mengulas dengan akal jahil
agamanya,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini usaha Abdul Hadi membawa Rang Undang-Undang
Persendirian (RUU) Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 ke
Dewan Rakyat bagi mengangkat taraf Mahkamah Syariah dihentam banyak pihak
susulan ia dikaitkan dengan hukum hudud.