KUALA KANGSAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan beliau secara peribadi sudah pun memaafkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Abdul Hadi berkata, walaupun Pas sering
dituduh dengan pelbagai gelaran, namun sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip Islam, beliau perlu
berbuat demikian.
"Terutamanya berkenaan Hudud. Saya tahu Tun Mahathir ini
telah lama dendam dengan
Pas sebab dia pernah kalah dulu
dengan kita.
"Dan Tun Mahathir
kata saya tak reti Islam. Saya mengaji bab Islam. Tun
Mahathir, dia mengaji bab perubatan.
"Bukan saya nak hina dia (Tun Mahathir), tetapi malangnya dia tidak baca pasal Islam ini. Kita maafkan dia tidak baca. Patutnya dia bacalah. Kalau
tidak baca jadi bahaya.
"Kalau Islam tak
baca Islam, umur 90 tahun pun tak baligh lagi. Sangat
malang," katanya ketika ceramahnya di Dataran Ketior Manong, Kuala Kangsar
malam tadi.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Abdul Hadi juga berkata,
tindakan Mahathir menyatakan sokongan terhadap Parti Amanah Negara
(Amanah) tidak akan menjejaskan Pas di kerusi Parlimen Kuala
Kangsar.
Abdul Hadi berkata, beliau percaya parti Islam itu mampu membuat
kejutan untuk memenangi PRK di kawasan itu.
"Saya tidak bimbang. Kita lihat Pilihan Raya Kecil (Kuala
Kangsar) jadi penentu," katanya ringkas kepada pemberita.
Sumber: Bersambung lagi disini