Khamis, 9 Jun 2016

JKKK Benteng Pertahanan Dan Kekuatan Kerajaan Adakah Berfungsi ???

Kekuatan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa kini adalah bergantung kepada kekuatan peringkat akar umbi yang dipimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata JKKK juga berperanan penting menjalankan tanggungjawab dalam memastikan Kerajaan BN terus kekal mentadbir negara.

"
Kalau tidak ada input daripada pihak JKKK, agak sukar untuk kita bawa pembangunan, begitu juga dengan pelaksanaan program.


"Apabila saya kata Program Transformasi Luar Bandar, kejayaan bergantung kepada JKKK. Apa yang lebih penting, peranan JKKK adalah sebagai benteng dan barisan hadapan untuk pertahankan kerajaan," katanya pada Majlis Ramah Mesra bersama JKKK Parlimen Kuala Kangsar di sini hari ini.

Mengulas dalam konteks Pilihan Raya Kecil (PRK) di sini dan Sungai Besar yang berlangsung ketika ini, Ismail Sabri berkata JKKK juga menjadi penentu kepada kemenangan calon BN.

"Peranan JKKK  amat penting kerana JKKK boleh jadi penentu kemenangan calon BN.

"Saya berterima kasih kepada semua JKKK dan pengundi di kampung masing-masing kerana memberi sokongan kepada calon, Datin Mastura," katanya.



Justeru, katanya JKKK perlu meyakinkan penduduk di kawasan masing-masing untuk terus memberi kepercayaan kepada BN untuk meneruskan kelangsungan transformasi pembangunan terutama di kawasan luar bandar.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...