Rabu, 29 Jun 2016

SIKAP PEMIMPIN DAPig YANG PERLU DICONTOHI ???

Pihak MPKj memulangkan kembali sampah yang dibuang secara haram oleh pekerja sebuah kilang di depan premis itu pagi, semalam.
BALAKONGGeram dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang membuang sampah secara haram di tepi jalan, Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee sekali lagi bertindak luar biasa ‘memulangkan’ kembali longgokan sampah tersebut kepada pihak terbabit, pagi semalam.

Itu tindakan kali ketiga diambil selepas beliau melakukan perkara sama kepada pembuang sampah haram di Bandar Tun Hussein Onn dan Taman Megah sebelum ini.

Eddie Ng berkata, beliau menerima maklumat serta bukti bergambar melalui aplikasi WhatsApp berhubung kegiatan pembuangan sampah di tepi Jalan KPB 12, kawasan perindustrian Kampung Baharu Balakong oleh pekerja sebuah kilang dua hari lalu.


Katanya, gambar jelas menunjukkan tiga pekerja termasuk dua dipercayai warga asing leka memunggah sampah atap lama di atas lori yang tertulis milik sebuah kilang besi sebelum membuangnya di tepi jalan.

Beliau berkata, setelah mengadakan perbincangan dengan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), pihaknya memutuskan untuk mengutip sampah dibuang dan memulangkan kembali ke premis pemilik lori yang juga terletak di Kampung Baharu Balakong.

“Setelah berkunjung ke alamat yang tertulis di lori, kita dapati ia adalah sebuah kilang besi dan pemerhatian mendapati pengusaha bukan sahaja membiarkan pekerja membuang sampah di tepi jalan tetapi juga ke dalam sungai terletak bersebelahan kilang mereka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...