Isnin, 10 September 2012

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN MARANG 2012


Marang 08/09/2012 - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Marang 2012 bagi kali terakhir sebelum PRU ke 13 telah diadakan di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 2.30 petang. 

Pendaftaran perwakilan berlangsung dalam suasana yang begitu ceria dari DUN Alur Limbat, Bukit Payong, Rhu Rendang dan Pengkalan Berangan yang dikawalselia oleh APMT Daerah Marang.

Mesyuarat turut dihadiri YB Senator Dato' Haji Abdul Rahman Bakar, YB Senator To' Puan Hajah Zaitun Hj. Mat Amin serta beberapa orang VVIP, termasuk YB Dato' Yahya bin Khatib Mohamad selaku Ketua UMNO Bahagian Marang dan YB Hj. Alias bin Abdullah,  Tim. Ketua UMNO Bahagian Marang.

 

Perasmian mesyuarat perwakilan telah di sempurnakan oleh YB Dato' Yahya  bin Khatib Mohamad serta Pengerusikan oleh Pengerusi Tetap Tuan Haji Mohamed bin Ibrahim.

 

Dalam ucapan ringkas dan padat yang disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Marang, YB Dato' Yahya, mengingatkan bahawa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, semua jentera parti sama ada di peringkat atasan atau bawahan bersiap sedia bagi memastikan kemenangan mutlak kepada BN. "Kemenangan mutlak itu penting kerana ia bukan hanya dapat membawa pembangunan lebih pesat tetapi para pelabur juga akan lebih yakin terhadap pentadbiran sedia ada.

Beliau juga menekankan bahawa sejak kebelakangan ini parti pembangkang telah mengadakan beberapa demontrasi yang cukup biadab serta mengugat keharmonian dan keselamatan negara termasuk peserta Perhimpunan Janji Bersih memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor merupakan benih-benih daripada semangat kebencian tanpa batasan yang diterapkan pembangkang di kalangan pengikut-pengikutnya.

Beliau kesal dengan tindakan biadab tersebut yang bukan sahaja tidak bertamadun malah melampaui batas-batas kehidupan sebagai seorang manusia.

"Ini satu peradaban yang membatasi akal manusia yang seharusnya tidak berlaku kerana kita sedar dan tahu penghormatan seseorang individu itu harus ada batas daripada segi menghormati mana-mana pihak.

Rakyat seharusnya bijak menilai siapa sebenarnya pembangkang yang bukan sahaja tidak menghormati pemimpin negara malah raja-raja Melayu juga tidak sanjung.

Sehubungan itu, menurut beliau, mahu tidak mahu ahli UMNO dan BN perlu bersatu tenaga bagi membuktikan kepada rakyat hanya parti memerintah mampu menggalas tanggungjawab memimpin dan mentadbir negara dengan baik.

Malah katanya, ahli akar umbi dan pemimpin parti juga harus belajar daripada pengalaman dan tidak mengulangi kesilapan pada pilihan raya umum lalu yang menyebabkan beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang.

"Saya amat mengharapkan semangat untuk kita berjuang kali ini adalah habis-habisan. Marilah kita jadikan ia sebagai satu ikatan dan azimat kepada kita semua.

Selain daripada pembentangan usul, pemilihan perwakilan G7 juga telah berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni. Daripada 11 pencalunan 7 daripadanya telah terpilih bagi perwakilan ke peringkat pusat.


Keputusan pencalunan: 1) Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku (660 undi), 2) YB Senator Dato' Haji Abdul Rahman Bakar (649 undi), 3) YM Dato' Hj Tg Zainuddin bin  Tg Zahid (620 undi), 4) En. Zaidi bin Muda (607 undi), 5) YBhg Dato' Haji Muda bin Mamat (590 undi), 6) En. Mutalib Sameon (417 undi) dan 7) Tuan Haji Latef bin Mohd Noor (415 undi).

Majlis juga telah diserikan lagi dengan beberapa cabutan nombor bertuah, hadiah disumbangkan oleh YB Dato' Yahya bin Khatib Mohamad,Ketua UMNO Bahagian Marang.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI dari Bahagian 1 hingga V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...