KENAPA TAK DITEKANKAN KEPADA ROKOK ???
JOHOR BARU: Sultan Johor
mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan
kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.
"Saya mahu premis vap ditutup pada 1 Januari
2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.
"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan
kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.
"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak
menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah
baginda menerusi temubual khas baru-baru ini.
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskkandar
bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut
peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.
Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri
bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu.
Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya
berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape
ini.
"Kenapa ada ahli politik yang mengalah
terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan
anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak
mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.
"Apakah
kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.
"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk
perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan
anda sebelum ini," katanya.