Khamis, 12 November 2015

TAMAN "BABI" PULAU PINANG ?

JIKA DIBIARKAN....APA AKAN JADI DI PULAU PINANG ???
BEBERAPA hari lalu, sekeping gambar permainan yang menyerupai babi di sebuah taman permainan di Pulau Pinang telah menjadi viral di laman sosial Facebook.
Gambar tersebut dimuat naik oleh Setiausaha Gabungan NGO Islam Pulau Pinang (GNIPP), Ahmad Yakqub Nazri pada 7 November lalu, ketika beliau membawa anaknya ke taman permainan tersebut di Padang Kota Lama.
“Saya terkejut dengan soalan yang diajukan oleh anak saya sama ada dia boleh atau tidak memegang satu permainan yang disediakan di taman itu.
“Saya terus melihatnya dengan lebih dekat, rupa-rupanya permainan yang dimaksudkan itu berimejkan babi,” katanya.

Justeru, beliau beranggapan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di bawah kerajaan negeri DAP seakan tidak ambil peduli mengenai sensitiviti umat Islam di negeri tersebut.
“Saya amat terkilan kerana pihak MBPP tidak sensitif mengenai isu ini, banyak lagi imej yang lain boleh digunakan oleh MBPP tetapi mengapa haiwan ini juga yang dipilih? Ia menampakkan satu provokasi yang tidak baik.
“Mereka yang memasang alat permainan tersebut jelas tidak sensitif kepada umat Islam di negeri ini,” katanya.
Bagaimanapun, alatan permainan tersebut telah ditukar kepada imej lain selepas isu berkenaan tersebar di laman sosial.
Menurut akhbar The Star, tiada lagi alat permainan warna biru berbentuk ‘babi’ sebaliknya ia telah ditukar kepada burung kuning selepas coretan Ahmad Yakqub dimuatnaik.
“Kuasa rakyat bercakap sana sini telah menyebabkan pihak MBPP takut dan terus tukar ‘babi’ kepada ‘burung’,” kata Ahmad Yakqub dalam satu lagi coretan bertajuk ‘Babi sudah lari terjun laut’ di media sosial sama beberapa jam kemudian.

Setiausaha MBPP, Ang Aing Thye berkata, pegawai yang bertanggungjawab bagi projek itu telah dimaklumkan supaya mengemukakan laporan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...