Khamis, 26 November 2015

Pelajar Khalwat Dalam Bilik

KUALA TERENGGANU - Tindakan sepasang kekasih yang masih bergelar pelajar menginap di sebuah bilik masing-masing dikenakan denda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, semalam.

Tidak cukup dengan itu, kedua-dua pasangan remaja yang berusia 18 dan 17 tahun itu turut berdepan hukuman penjara empat bulan jika gagal menjelaskan denda.

Keputusan itu dibuat selepas mereka mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.


Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa berkhalwat di dalam sebuah bilik di Jalan Tok Lam, di sini, jam 7.20 malam, 19 September lalu.

Selain itu, di mahkamah sama, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun diarahkan ditahan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, Selangor selama empat bulan selepas ditahan dengan pasangannya di dalam sebuah bilik.

Keputusan itu dibuat selepas dia yang bekerja sebagai jurujual mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Bagaimanapun, pasangannya yang berusia 22 tahun dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah dan sebutan waran bertarikh 17 Januari depan.

Berdasarkan pertuduhan, pasangan berkenaan ditahan dalam keadaan mengaibkan dalam sebuah bilik di Jalan Tok Lam, di sini, jam 7.20 malam, pada 19 September lalu.

Kedua-dua kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu di hadapan Hakim Syarie Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.


Pautan: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...