Isnin, 16 November 2015

Tun M Khianati Amanah Melayu, Badan Kehakiman

Tawfiq Ismail menyifatkan Dr Mahathir sebagai perosak badan kehakiman dan itu pengkhianat

KUALA LUMPUR, 12 November:

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya bercakap mengenai amanah kerana beliau sendiri gagal dalam pelbagai cara, kata anak bekas Timbalan Perdana Menteri.
Dalam temu bual eksklusif dengan New Straits Times (NST), Tawfik Ismail, berkata mantan Perdana Menteri itu mengkhianati amanah yang diberikan Melayu apabila Umno disiytiharkan tidak sah.

Ahli G25 itu berkata, ia adalah satu alasan untuk menyusun semula Umno supaya Dr Mahathir boleh mengecualikan dan memasukkan personaliti tertentu.

“Saya fikir itu adalah pengkhianatan besar terhadap amanah,” kata Tawfiq dipetik berkata kepada akhbar harian berbahasa Inggeris itu.


Dr Mahahthir, katanya, perosak badan kehakiman dan itu pengkhianat.

Badan kehakiman, kata anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu, tidak sebebas seperti sebelum ini iaitu ketika zaman Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas.

Pada 1988, Salleh sebagai Ketua Hakim Negara menghantar surat kepada Yang Di-Pertuan Agong mewakili hakim-hakim lain meluahkan kekecewaan berhubung tuduhan Dr Mahathir terhadap badan kehakiman.

Beliau kemudian digantung dan disingkirkan oleh tribunal yang dipengerusikan Tun Hamid Omar yang kemudian dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

Ulasan Tawfik itu dibuat sehari selepas Dr Mahathir menyifatkan beliau sebagai individu yang berniat tidak baik dan tidak boleh dipercayai.

Negarawan tua itu berkata demikian selepas Tawfik menuduh beliau cuba untuk secara hakikat berperanan sebagai Perdana Menteri.


Terdahulu, dalam temu bual bersama NST, Tawfik berkata Dr Mahathir kemungkinan adalah seseorang yang mahukan setiap perkara dijalankan mengikut caranya.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...