Jumaat, 6 November 2015

PERLANTIKAN YANG TEPAT DEMI KESTABILAN POLITIK TERENGGANU

KUALA LUMPUR, 6 November: Menteri Besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan Pas dan akan mempertimbangkan untuk melantik Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan negeri.

Keputusan itu dibuat selepas Abdul Hadi berkata, Pas bersedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam isu pentadbiran negara.

Menurut laporan New Straits Times, Ahmad Razif berkata, dia sudah bertemu dengan Presiden Pas itu sebelum ini dan mengadakan perbincangan, yang kemudian menunjukkan pandangan positifnya terhadap kerjasama bukan parti.


“Ia menggambarkan kesediaan Pas untuk membuka pintu untuk mula bekerjasama dengan kita.

“Adalah penting untuk mendengar semua pandangan dan menerima mana yang baik buat rakyat. Ia tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai pelik,” beliau dilaporkan berkata demikian pada Konvensyen Umno Terengganu.

Dalam meluahkan kesediaannya minggu lalu, Abdul Hadi berkata, dia bersedia bertemu Perdana Menteri dan menteri lain bagi menyelesaikan isu rakyat.

Ahmad Razif kemudian menyatakan keterbukaannya, dengan beberapa pemimpin BN sebelum ini menyatakan pendapat sama susulan pengumuman Abdul Hadi, minggu lalu.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dilaporkan berkata, kerjasama itu sepatutnya sudah lama dibuat.

Beliau juga berkata, kesediaan itu sepatutnya diterjemahkan sebagai penerimaan di setiap peringkat parti. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...