Isnin, 2 November 2015

Amik Kau: 102 saman dalam tempoh dua jam operasi di LPT2

KEMAMAN Hati kering! Itu gambaran sikap sesetengah pengguna Lebuh raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang masih melanggar had laju hinggakan dalam tempoh cuma dua jam operasi had laju dilakukan di laluan itu, sebanyak 102 saman dikeluarkan polis, kelmarin.

Statistik seramai 85 maut di laluan itu dari Januari 2011 hingga 26 Oktober lalu, langsung tidak menggerunkan mereka.

Dalam operasi itu, sekatan jalan raya dibuat di kedua-dua arah di Kilometer (KM) 255 dekat Perasing, Kemaman, yang mana dua kamera dipasang di dua hala iaitu di KM240 arah Kuantan-Kuala Terengganu dan KM273.4 arah Kuala Terengganu-Kuantan.


Dengan cara itu, setiap pengguna yang memandu melebihi had laju, dapat dikesan lebih awal sebelum ditahan dalam sekatan yang dibuat.

Pegawai Penguatkuasaan Trafik dan Operasi Lebuh raya Bukit Aman, Deputi Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, kelajuan paling tinggi direkodkan dalam operasi bermula jam 9 pagi itu adalah 161 KM sejam.

Daripada 250 kenderaan dari kedua-dua arah yang kita tahan, sebanyak 102 saman kita keluarkan. Kita dapati ramai pengguna yang memandu melebihi had laju dibenarkan iaitu 110 KM sejam.

“Jadi, operasi penguatkuasaan ini akan kita lakukan secara berterusan. Mungkin pada minggu depan, kita akan lakukan operasi dengan kerjasama agensi lain seperti Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM),” katanya pada operasi berkenaan.

Operasi berkenaan melibatkan kekuatan seramai 22 pegawai dan anggota Unit Peronda Lebuh raya Bukit Aman dengan bantuan Unit Trafik Zon Timur.

Hadir sama, Pegawai Penguat kuasa Trafik Lebuh raya Zon Timur, Asisten Superintendan Mohamad Ramli Khamis dan Pegawai Trafik Lebuh raya Zon 3, Inspektor Suhaimi Mohamad.

Mustafa Bakri berkata, walaupun operasi dilakukan Bukit Aman secara berterusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu kerana LPT2 meliputi empat daerah itu, namun masih terdapat pengguna yang gagal mematuhi peraturan.

Katanya, dalam sekatan jalan raya itu, polis turut mengeluarkan sebanyak 22 saman terhadap kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan iaitu nombor plat tidak mengikut spesifikasi, lesen dan cukai jalan tamat tempoh serta keadaan lampu brek yang tidak berfungsi.

Mengenai sikap sesetengah pemandu kenderaan berat yang masih berdegil meletakkan kenderaan di lorong kecemasan, Mustafa Bakri berkata, pihak polis turut mengambil tindakan tegas terhadap pemandu kenderaan berat itu.

Sumber: KLIK SINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...