Sabtu, 31 Oktober 2015

RIBUT MULA MELANDA RUMAH DI PERSISIR PANTAI MARANG


MARANG - “Kami lima beranak sedang tidur sebelum terkejut mendengar dentuman kuat dan kemudiannya atap di bahagian bilik diterbangkan angin menyebabkan kami takut dan cemas,” kata mangsa ribut, Norhidayah Shaida Chik, 32.

Norhidayah berkata, dia kemudiannya segera mendapatkan anak bongsunya berusia 11 bulan di dalam buaian dan keluar dari bilik tidur diikuti suami, Mohd Nazri Abu Bakar, 38, yang membawa bersama dua lagi anak mereka.

“Kami cemas kerana bimbang atap rumah menimpa kami sekeluarga. Selepas ribut reda, saya bersama suami dan anak-anak meninjau keadaan dalam rumah dan mendapati atap di beberapa bahagian rumah pecah diterbangkan ribut.


“Saya difahamkan rumah jiran turut terjejas. Ada atap rumah mereka juga rosak dalam kejadian 12.30 hingga 1 pagi itu,” katanya ketika dikunjungi Setiausaha Adun Rhu Rendang, Wahab Osman di Rhu Renggeh di sini, semalam.

Menurut Norhidayah, selepas ribut reda mereka terpaksa berlindung di ruang hadapan rumah yang turut dijadikan sebagai tempat menjual hasil makanan laut kerana air hujan memenuhi ruang bilik tidur mereka.


Dalam pada itu, Wahab berkata, kejadian itu menyebabkan kerosakan atap membabitkan kira-kira 20 rumah penduduk di beberapa kampung dalam kawasan Dun Rhu Rendang, namun kerosakan yang dialami mangsa didapati tidak serius.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...