Mahathir Pura-Pura Sakit
Untuk Raih Simpati
Siti Hasmah dan anak anak Mahathir sesungguhnya
adalah mereka yang zalim kalau membiarkan seorang tua berusia 90 tahun, 2 kali
buat pembedahan pintasan jantung seperti Mahathir, terus berada di rumah
setelah jatuh sakit.
Memang boleh panggil doktor datang rumah tapi
peralatan di hospital adalah lebih lengkap. Sekaya mana pun Mahathir kita tak
rasa kelengkapan seperti mana di hospital ada dirumahnya.
Justeru, kita tidak rasa Siti Hasmah seorang yang
zalim, dia sudah pasti menghantar Mahathir ke hospital bila Mahathir sakit, ini
tidak lain tidak bukan, Mahathir nak berlakon untuk raih simpati dengan membuat
cerita koonnya dia tak sihat.
Keyakinan ini adalah berdasarkan kepada
perkembangan semasa di mana perjuangan Mahathir untuk menjatuhkan Najib dilihat
tidak boleh pergi ke mana. Dari bergantung harap kepada 1MDB dan dakwaan rasuah
RM 2.6 billion yang masuk ke akaun Perdana Menteri (sebetulnya derma),
perjuangan Mahathir kini hanya bergantung kepada apa yang ada sajalah.
Maksudnya, kalau hari ini ada berita kejatuhan
ringgit, berita itulah yang akan digunakan oleh Mahathir untuk mengenakan
Najib. Kalau tidak ada benda yang boleh dijadikan cerita, sama ada Mahathir
senyap ataupun memutar kembali cerita lama yang sebenarnya telah banyak kali
dijawab.
Sumber: Balqis Shiekh