"ROSMAH PERLU BERTANGGUNGJAWAB" ???
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Pengarah Cawangan
Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador berkata, beliau tidak akan menarik diri
daripada terus mengkritik cara kerajaan mengendalikan isu 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) walaupun kini dilabel sebagai 'musuh negara'.
Beliau berkata keputusan yang dibuatnya pada Ogos
lalu untuk secara terbuka mengecam siasatan kerajaan ke atas firma pelaburan
negara yang sedang bergolak itu adalah sesuatu yang menyakitkan yang memerlukan
perbincangan dan pemikiran mendalam, tetapi ia satu pengorbanan bernilai.
"Setelah berkhidmat dengan kerajaan yang sama
di bawah empat perdana menteri selama lebih dari 36 tahun, sesungguhnya saya
percaya, kebanyakan orang akan berfikir adalah tidak bijak bagi seseorang
seperti saya untuk 'lawan tauke'. Lebih-lebih lagi apabila 'swansong'
(hari-hari terakhir untuk bersara) saya hanya tinggal beberapa bulan lagi.
"Minda pemikiran rasional berkata saya
sepatutnya diam dan membiarkan 1,000 hari tempoh perkhidmatan saya berlalu
pergi dalam sebuah pejabat yang besar dan selesa di Putrajaya," katanya
dalam satu surat terbuka bertarikh 6 Oktober yang ditunjukkan kepada TheStar.