Muhyiddin lebih teruk daripada Anwar???
Katanya
ada negeri dalam Persekutuan Malaysia sedang berkira-kira nak menarik diri dari
Persekutuan - berdasarkan perjanjian dengan British yang dibuat pada dekad
40-an yang lepas iaitu lebih 70 tahun dulu.
Janji
dengan British tapi nak tuntut dengan Malaysia, tak faham dengan apa cara
perkara tersebut boleh direalisasikan?
Tapi
biarlah undang-undang yang menentukan sama ada ia boleh dibuat atau tidak
kerana apa yang lebih penting sekarang, perkara itu (kalau jadi) akan
menyempurnakan cita-cita Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri dengan mudah
seperti yang diimpi-impikannya selama hari ini.
Kita tak
nampak lagi dah siapa di negeri yang dikatakan itu lebih layak untuk jadi
Perdana Menteri sebab hanya Muhyiddin saja yang ada pengalaman mentadbir di
peringkat negara, mana ada orang lain lagi?
Nak jadi
Perdana Menteri Malaysia susah sangat, yang mana kalau dapat pun hanya Perdana
Menteri boneka kepada Mahathir saja, tapi kalau negeri yang berkenaan jadi
keluar Malaysia seperti yang heboh diperbincangkan sekarang, harapan Muhyiddin
mungkin ada disitu.
Itupun
tidak ada jaminan Muhyiddin akan terlepas dari Mahathir dengan mudah kerana
Mahathir tahu sajalah, apa juga peluang untuk pertahankan kroni, Mahathir akan
gunakan selagi dia belum mati.
Sumber: Balqis Sheikh