Rabu, 28 Oktober 2015

MB Anak Tirikan Daerah Marang ???

DAERAH MARANG TAK ADA ORANG UMNO KE ???

KUALA NERUS – Majlis Pembangunan Pelancongan Kuala Nerus bakal ditubuhkan dalam masa terdekat selaras hasrat memperkasakan lagi ekonomi rakyat di daerah ini.

Pegawai Daerah Kuala Nerus, Azmi Razik berkata, pulau-pulau tumpuan seperti Redang dan Lang Tengah, serta pantai menarik di daerah ini mampu membuka peluang ekonomi yang lebih luas penduduk setempat.

Menurutnya, orang ramai sedia maklum bahawa Kuala Nerus merupakan sebuah daerah pelancongan yang dihiasi pulau-pulau indah, pantai serta kedudukannya di pusat lingkaran ilmu, iaitu terdapat beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).


"Kita perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada dan penduduk Kuala Nerus perlu bijak mengambil peluang menjadi usahawan dalam sektor pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong.

"Sebagai contoh, penduduk boleh hasilkan pelbagai produk kraf tangan kerana kita tahu pelancong pasti ini mendapatkan cenderamata," katanya ketika ditemui pada Program Pertanian di Gong Lingai, di sini.

Tambahnya, kewujudan Majlis Pembangunan Pelancongan Kuala Nerus nanti dapat melebarkan peluang ekonomi penduduk, di samping melahirkan lebih ramai usahawan pelancongan.

"Sebab itu kita berharap penduduk tempatan, terutamanya golongan muda memanfaatkan sepenuhnya peluang diberikan dalam usaha meningkatkan pendapatan masing-masing.


"Ini kerana Majlis Pembangunan Pelancongan Kuala Nerus akan menjadi tempat rujukan kepada pengusaha pelancongan bagi memantapkan perniagaan mereka," katanya.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...