Rabu, 21 Oktober 2015

SPAD PERLU DIROMBAK, JPJ KAN DAH ADA

SPAD MENGHABISKAN BERAS AJE ????

Kuala Lumpur: Kira-kira 6,000 pemandu teksi sekitar Lembah Klang akan mengadakan perhimpunan aman di ibu negara bagi mendesak kerajaan merombak kepimpinan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 18 November ini.

Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M), Kamarudin Mohd Hussain berkata, perhimpunan dinamakan Merombak SPAD itu dianjurkan Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Klang (JBPTLK).


"Pada tarikh berkenaan, kita akan menghimpunkan kira-kira 6,000 pemandu teksi di tiga lokasi iaitu Masjid Kuala Lumpur, Kompleks Kraf dan Padang Merbok sebelum bergerak ke satu lokasi utama yang menjadi tumpuan umum di ibu negara.

"Tujuan perhimpunan adalah untuk mendapat perhatian kerajaan setelah pelbagai usaha kami untuk membela nasib pemandu teksi terutama berkaitan isu Uber dan Grab Car menemui jalan buntu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagaimanapun menurut Kamarudin, setakat ini pihaknya masih belum mendapatkan permit polis untuk penganjuran perhimpunan berkenaan.


"Lokasi utama perhimpunan juga terpaksa dirahsiakan dan hanya diberitahu pada hari berkenaan," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...