Amaran ahli bersekongkol dengan pembangkang
KUALA TERENGGANU - Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi amaran kepada Ahli
Parlimen Barisan Nasional (BN) agar tidak bersekongkol dengan pihak pembangkang
yang cuba menjatuhkan kerajaan melalui undi tidak menyokong Bajet 2016.
Undi meluluskan Bajet 2016 akan
diadakan pada persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 3 Disember ini.
Katanya beliau siapa Ahli Parlimen BN
yang terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri
kerana ia telahpun berjalan sejak tiga ke empat bulan yang lalu.
"Saya tahu Ahli Parlimen BN yang
telahpun dipujuk pembangkang dan ada juga yang mengugut kerajaan...saya akan
perhati satu-satu undi mana-mana Ahli Parlimen (134 Ahli BN) yang menolak Bajet
2016," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis
penutupan Konvensyen Umno Terengganu 2015 di Hotel Primula Beach Resort di
sini, malam ini,.
Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan
Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, yang juga Menteri Besar
Terengganu.
Beliau berkata konspirasi itu turut
menggunakan isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB), dana RM2.6 bilion dan
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya kerajaan yang memerintah hari
ini adalah kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan ahli Umno perlu
mempertahankan ia dengan apa cara sekalipun demi kepentingan rakyat dan negara.
Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden
Umno, berkata Umno tidak pernah sunyi daripada berhadapan kemelut dan krisis
sejak awal penubuhannya 69 tahun lalu termasuk ketika zaman Tun Dr Mahathir
Mohamad sebagai perdana menteri.
Katanya dalam Umno pertukaran pucuk
pimpinan itu adalah perkara biasa dan bukan sesuatu yang baharu dalam politik
parti yang menjadi tunjang BN itu.
"Kita diajar untuk taat kepada
pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan sokong pemimpin yang baharu, bukan cara
Umno tikam dari belakang...setiap krisis kita perlu atasi bersama, bukan ketika
senang sahaja kita bersama, semasa susah juga kita perlu bersama," katanya.
Sumber: KLIK DISINI
Sumber