Rhu Rendang - Dalam keadaan kesibukan masa dengan tugas-tugas yang kian mencabar berlebih-lebih lagi dengan hampirnya PRU ke 13, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk warga DUN Rhu Rendang, demi untuk memertabatkan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.
Pada 12/10/2012 jam 11.00 pagi, keluhan penduduk miskin yang diutarakan melalui Pengerusi JKKK Kg. Baru Rhu Muda, Tuan Haji Othman, telah membawa Tuan Haji Nik Dir melawat dua buah rumah warga miskin memohon bantuan membaik pulih rumahnya yang kian usang untuk menampung kehidupan seharian sekeluarga.
Menurut salah seorang penerima bantuan Puan Selamah binti Abdullah, 62 tahun alamat Kg. Gong Merawang, Rhu Muda, Marang rumahnya begitu usang dimana 80 % lantai dan dinding telah dimakan oleh anai-anai dan menunggu masa untuk rebah ke bumi. Beliau tidak mampu untuk membaikinya, memandangkan tanggungan anak-anak seramai 8 orang dan suaminya telah lama meninggal dunia.
Dengan yang demikian, Pengerusi JKKK berkaitan telah diarah supaya mengambil tindakan segera mengutarakan permohonan membaik pulih rumah berkenaan mengikut peraturan yang ditetapkan dan bantuan RM3,000 kepada sebuah rumah lagi untuk membaiki papan lantai yang juga telah usang dimakan anai-anai.
Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI