Selasa, 8 Mac 2016

Tun Mahathir bertanggungjawab telah "Menghancurkan Ekonomi Negara

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen DAP mempertikaikan kerjasama yang diwujudkan bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sambil menyifatkan deklarasi yang ditandatangani berkenaan adalah 'dokumen yang tergesa-gesa' dan tidak jelas.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata deklarasi yang digelar "Selamatkan Malaysia" - ditandatangani sekumpulan ahli-ahli politik dan aktivis tidak jelas menggariskan mengenai aspirasi rakyat.

Beliau juga berkata, pengisytiharan itu yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu orang yang sama menurut beliau telah "menghancurkan ekonomi negara dan mentadbir Malaysia melalui cara autokratik".

"Saya bersetuju bahawa Najib mesti berundur demi masa depan negara. Tetapi dalam usaha ini, kita tidak harus lupa bahawa Dr Mahathir adalah punca kepada masalah yang menjejaskan setiap rakyat Malaysia hari ini.

"Kita tidak boleh menafikan bahawa selama 22 tahun berkuasa beliau menggunakan undang-undang zalim kepada penentang dan pengkritiknya," katanya.

"Dr Mahathir memperkenalkan politik wang dalam Umno, mencabul badan kehakiman yang bebas dan menghalang kebebasan media," kata Santiago.

Jumaat lalu, Dr Mahathir bersama-sama dengan pemimpin pembangkang termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menandatangani deklarasi untuk menjatuhkan Najib.nya.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...