Khamis, 7 Mac 2024

21 Khasiat Daun Pandan Dan Kegunaan

 


Apa khasiat daun pandan dan apakah kegunaannya? Setiap apa yang Allah cipta atas muka bumi ini semuanya ada manfaat samaada yang tersurat ataupun yang tersirat. Macam contoh ramai yang kata nyamuk ni tak berguna sedangkan kehadiran nyamuk ni akan menstabilkan ekosistem sebab nyamuk merupakan rantaian makanan paling bawah sekali.

Begitu juga dengan khinzir dan sebagainya. Semuanya ada manfaat masing-masing. Cuma kita je yang tidak mahu berfikir jauh tentang ciptaan Allah ni.

Baiklah.

Mungkin korang tahu daun apakah ini?

Ni adalah daun pandan di mana setiap rumah di kawasan kampung mesti ada pokok ni ditanam.

Kenapa ditanam pokok pandan?

Apa khasiat daun pandan?

Jadi dalam artikel ni saya akan kongsikan pada korang apakah khasiat daun pandan dan kegunaannya.

Sebelum kita lihat khasiat daun pandan, di sini jom kita kenal dulu ciri-ciri daun pandan sebab daun pandan ni nak sama dengan kebanyakkan tumbuhan yang lain.

Ciri-Ciri Daun Pandan

Disebabkan daun pandan ni nak sama dengan daun-daun yang lain, jom kita tengok ciri-ciri daun pandan ni.

  1. Berbau wangi (bau pandan)
  2. Memiliki daun berwarna hijau
  3. Panjang daunnya boleh mencecah 55-57 cm dengan kelebaran 4-5 cm
  4. Kadang kala ia berbunga. Bunganya berwarna putih dan berbentuk bongol.
  5. Ketinggian pokok pandan boleh mencecah 3-4 meter dan lebarnya membiak sehingga 2-9 meter.
  6. Mempunyai batang yang bulat serta ada bekas daun bertapak.

Info Menarik Pokok Pandan

Pandan dalam bahasa botani adalah Pandanus amaryllifolius. Dalam bahasa inggeris pula, pokok pandan disebut Screw Pine Leaves atau pandan leaves.

Ia merupakan tumbuhan herba yag berasal dari Asia tenggara dan Asia Selatan. Sebab itu ia mudah ditemui di negara Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan sebagainya.

Pokok pandan sebenarnya mempunyai banyak jenis tapi pandan yang wangi sahaja kita boleh digunakan sebagai herba, masakkan atau pembuatan kuih muih. Jenis pandan yang lain hanya sesuai dijadikan anyaman tikar, bakul dan perhiasan lain.

Pokok pandan mempunyai beberapa kandungan bahan kimia antaranya 2-acetyl-1-pyrolline yang menjadi asas kepada pati ekstrak minyak pandan yang dihasilkan menerusi daunnya. Ia juga mengandungi kandungan styrene, linalool dan B-cayophyllene serta beberapa jenis piperidine seperti alkaloid (epandamarin dan pandamarilactones) yang merujuk kepada latex atau seakan-akan susu putih.

21 Khasiat Daun Pandan Dan Kegunaannya

Tak dinafikan lagi daun pandan sangat banyak khasiat dan kegunaannya. Selain ia berguna dijadikan dalam pembuatan kuih muih serta masakan, daun pandan juga berguna dalam perubatan tradisonal.

Jom kita lihat 21 Khasiat daun pandan serta kegunaannya.

#1: Menurunkan Darah Tinggi

Bagi sesesiapa yang ada darah tinggi, korang boleh ambil beberapa helai daun pandan dan rebus dalam periuk kecil dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.

Kemudian ambil airnya yang lebih tadi dalam periuk dan minum.

InsyaAllah dengan aroma yang ada pada daun pandan ia dapat menenangkan fikiran korang dan rasa lebih rileks sekaligus dapat menurunkan darah tinggi.

#2: Mengubati Lemah Saraf

Menurut petua orang zaman dulu, daun pandan mampu mengubati lemah saraf di mana jika korang rasa tak kuat nak berjalan atau nak pegang sesuatu, boleh amalkan dengan minum air pandan.

Caranya adalah, ambil tiga helai daun pandan, cuci sehingga bersih kemudian dihiris halus. Rebus sebanyak tiga gelas air hingga berbaki dua gelas saja. Setelah suam, minum ramuan tersebut dua kali sehari iaitu pada segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu petang.

#3: Mengatasi Lemah Syahwat

Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf, daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat untuk lelaki. Ambil sehiris halia, sekeping kulit kayu manis, beberapa biji halba, tiga helai daun pandan yang dicuci bersih dan dihiris kecil-kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas.

Minum ramuan tersebut dua kali sehari, iaitu pada setiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

#4: Menurunkan Bacaan Gula

Pandan bukan saja berguna pada daunnya saja, tapi akarnya juga berguna untuk menurunkan bacaan paras gula.

Caranya adalah dengan mengambil akar pandan yang terjuntai beberapa batang kemudian dicuci bersih, rebus dan buat sebagai air minuman.

Amalakan setiap hari segelas pagi dan segelas petang

#5: Mencuci Kewanitaan

Dengan bau pandan yang wangi semula jadi, ia sesuai untuk dijadikan sebagai bahan pencuci kemaluan wanita.

Caranya adalah dengan merebus daun pandan, daun inai, daun sirih, buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.

InsyaAllah selain rasa segar pada bahagian kemaluan, ia juga dapat menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara semulajadi.

#6: Merawat Gout

Sesiapa yang pernah terkena gout, sakitnya memang tak boleh bawa bincang. Nak berjalan atau nak gerakkan sendiri sikit terasalah azabnya.

Tapi korang boleh selesaikan masalah gout dengan minum air rebusan pandan je. Caranya adalah, ambil tujuh helai daun pandan dan rebus dengan lima gelas air sehingga airberbaki dua gelas.

Setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Amalkan setiap hari jika ingin jauhi dari penyakit gout.

#7: Menghilangkan Bau Badan

Seperti yang kita tahu pandan adalah sejenis daun yang berbau wangi secara semula jadi. Sesiapa yang menghidunya akan terasa segarnya dan manisnya bau pandan ni.

Jadi, daun pandan boleh menghilangkan bau badan bagi mereka yang mempunyai masalah badan berbau terutama mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Macam mana caranya? Caranya adalah kisar beberapa helai daun pandan dengan limau kemudiangosokkan pada badan, bawah ketiak dan kemudian bilas dengan sedikit sabun.

Amalkan beberapa kali supaya bau badan dapat hilang sepenuhnya.

#8: Matikan Kuman Dalam Darah

Daripada orang tua-tua dulu, amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

Tak salah mencuba lagipun dengan minum air pandan korang akan dapat khasiat dan manfaat yang lain.

#9: Menurunkan Kolesterol

Selain menurunkan tekanan darah tinggi, mengamalkan minum air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

#10: Mengatasi Sembelit

Rebus daun pandan dan minum airnya. Ia mampu melembutkan najis supaya senang untuk membuang.

#11: Melembutkan Daging

Petua orang tua kata daun betik boleh melembutkan daging. Sebenarnya bukan daun betik saja tapi daun pandan yang dicampur dalam masakan pun boleh membantu melembutkan daging.

Tak percaya boleh cuba.

#12: Buka Selera Makan

Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.

#13: Makanan Tidak Cepat Basi

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

#14: Merawat Rambut

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.

#15: Melicinkan Kulit

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

#16: Rawat Resdung, Jeragat dan Jerawat Gajah

Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.

#17: Pewangi

Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.

#18: Merawat Susah Tidur

Bau dan aroma daun pandan ni banyak terapi yang korang boleh buat. Antaranya adalah merawat susah nak tidur.

Macam mana tu?

Ambil daun pandan kemudian jemur sehingga kering. Selepas itu gunting daun pandan yang kering tadi secara halus kemudian masukkan dalam bantal. Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas.

Kalau nak lebih mujawab, masukkan juga jintan putih dan jintan manis.

Dengan kuasa Allah, bau daun pandan boleh dijadikan terapi untuk korang tidur dengan lebih lena.

#19: Pewarna Asli

Pandan sangat popular pada zaman dulu jika nak buat kuih muih terutama kuih yang berwarna hijau atau kuih perasa pandan.

Caranya adalah dengan cara kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Kemudian airnya tersebut sangat sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

#20: Buang Angin Dalam Badan

Angin dalam badan boleh buatkan korang tidak selesa nak buat apa-apa saja pekerjaan. Jadi, dengan daun pandan ia mampu mengatasi masalah korang tersebut dengan cara rebus tiga helai daun pandan bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.

Sukatan air lebih kurang tiga gelas dan rebus sehingga air berbaki dua gelas sahaja. Kemudian diminum ketika ianya masih lagi suam.

#21: Mengecutkan Rahim

Bagi wanita selepas menahirkan anak, korang boleh mencuba dengan mengambil akarnya kemudian direbus dan diminum. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

Dengan izin Allah, ia mampu mengecutkan rahim yang mengembang selepas melahirkan anak.

Penutup

Jadi, itulah khasiat daun pandan yang boleh saya kongsikan pada korang.

Di sini cuma satu saja pesanan yang saya nak pesan.

Apa-apa saja yang Allah cipta atas muka bumi ini semuanya ada manfaat dan mudharat masing-masing. Allah tak ciptakan sesuatu tu sia-sia.

Dari sini hendaklah kita berfikir tentang ciptaan Allah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...