Sabtu, 13 Disember 2014

KJ: JAWAB JANGAN TAK JAWAB PERTUDUHAN DYANA !!

KJ sedang hidup dalam penafian

UMNO adalah parti yang memberi harapan palsu, bukannya DAP.

Malah Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin sedang hidup dalam penafian.

Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofya juga turut mempersoalkan sama ada UMNO pernah mengetengahkan mana-mana calon di bawah usia 35 dalam pilihanraya umum yang lalu.

“Saya rasa Khairy memang hidup dalam penafian jika beliau rasakan DAP ialah parti yang memberikan harapan palsu kepada ahli politik muda.


“Malah, DAP konsisten mengiktiraf bakat-bakat muda dan memberi peluang untuk turut serta dalam politik arus perdana,” katanya.

Demikian reaksi balas Dyana Sofya yang dipetik Roketkini berkenaan serangan bertali arus terhadap DAP sepanjang Perhimpunan Agung UMNO (PAU2014) minggu lalu yang menjadikan Dyana bahan bualan.

Nama Dyana meniti di bibir Khairy sejak hari pertama PAU bersidang, sambil menyifatkannya sebagai seorang yang ‘bukan siapa-siapa’.

Menurutnya, keengganan UMNO memberi peluang kepada anak muda kerana tidak ada dari kalangan pemimpinnya yang berminat untuk melepaskan cengkaman mereka terhadap kekuasaan.

“UMNO berlagak seolah-olah dialah pelindung orang Melayu, walaupun mereka mendakwa bahawa survival orang Melayu bergantung kepada UMNO.

“Sebenarnya UMNO yang tidak boleh bertahan tanpa orang Melayu,” ujar Dyana.

Katanya, dia dipilih sebagai calon PRK Teluk Intan yang lalu, selari tindakan parti sebelum ini yang mengetengahkan bakat baru ke lapangan arus perdana sejak 2008 jika dibandingkan jumlah ahli Puteri UMNO.

Dyana berkata, contohnya, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang memenangi kerusi Parlimen Serdang ketika berusia 27, manakala Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim baru sahaja berusia 32 tahun.

Bukan itu sahaja, katanya, DAP turut mempunyai wakil rakyat berusia dalam lingkunan 20-an seperti Liow Cai Tung di Johor dan Christina Chew di Sarawak.

“Pemimpin senior seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok pun bertanding (dalam pilihanraya) ketika usia 20-an.

“Dengan lebih 300,000 ahli Puteri UMNO yang khabarnya lebih hebat daripada saya, berapa ramai yang diberi peluang untuk bertanding?” soal Dyana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...