Tidak pasti sama ada tindak-tanduk dan kenyataan oleh pemimpin
atau bekas pemimpin serta pegawai kanan atau bekas pegawai tinggi kerajaan
dewasa ini dibuat setelah difikir dan dikaji secara mendalam.
Namun yang kelihatannya ia seolah dibuat secara spontan tanpa
memikirkan natijah daripada tutur kata dan ayat yang dilafaz.
Terbaru hari ini apabila rakyat menyaksikan Mentari Dalam
Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak kenyataan
bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul
Rahman yang boleh mengakibatkan orang ramai merasa ada sesuatu yang tidak kena,
khususnya berhubung dakwaan selama ini bahawa SPR adalah sebuah badan yang
bebas, telus dan profesional.
Melihat kepada kenyataan antara menteri dan bekas pengerusi SPR
itu, bukan sahaja penganalisis politik, malah rakyat biasa di jalanan sekalipun
pasti akan bertanya benarkah SPR selama ini bebas, telus dan profesional?
Pertama sekali semua orang tahu selama ini bahawa pegawai dan
seluruh warga SPR sememangnya kakitangan kerajaan yang makan gaji.
Sekarang timbul pula pertikaian antara bekas pengerusi SPR
dengan kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan
Dr Ahmad Zahid pula bingkas membidas dengan mendakwa gesaan yang dibuat
oleh Abdul Rashid terhadap Najib adalah kerana ‘gagal dapatkan
sesuatu.’
Dr Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO, selanjutnya
berkata perkara itu sepatutnya dibangkitkan ketika Rashid masih lagi dalam
kerajaan dan bukan selepas bersara.
“Semasa dalam kerajaan mengapa beliau tidak pernah menyebut
mengenai perkara itu?