Isnin, 15 Disember 2014

KAWALAN KESELAMATAN DIPERKETAT HANYA OMONG OMONG KOSONG !!!


Setiap kali insiden berlaku semasa perlawanan bolasepak, ada saja laungan atau arahan untuk memperketatkan kawalan keselamatan. Tapi sebaliknya apa yang berlaku ???

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melaksanakan pemeriksaan keselamatan dua lapis di pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil sempena aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand pada 20 Dis ini.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pemeriksaan ketat akan dilakukan kedua-dua pihak di setiap pintu masuk Stadium Nasional bagi memastikan insiden kekecohan penonton ? pada perlawanan Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam, 7 Dis lepas, tidak berulang.

Sehubungan itu, beliau meminta para peminat memberi kerjasama kepada anggota keselamatan yang bertugas bagi memastikan perlawanan final kedua berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

“FAM dan pihak polis akan melakukan pemeriksaan ketat di bahagian badan pada hari perlawanan dan kita jangka pergerakan masuk penonton ke stadium akan menjadi perlahan.“Jadi, saya mohon kepada penyokong yang bakal hadir menerima keadaan ini untuk kebaikan bersama.

Kali ini, kita ambil serius soal keselamatan (penyokong pasukan pelawat),” kata Hamidin ketika diminta mengulas persediaan  keselamatan Oleh FAM bagi menghadapi final kedua Piala AFF Suzuki 2014.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...