Selasa, 23 Ogos 2011

PENGAGIHAN JALUR GEMILANG DAN BUBUR LAMBOK - PEMUDA/PUTERI UMNO DUN RHU RENDANG


RHU RENDANG 23/08/2011 - Menyahut saranan Pucuk Pimpinan dan Kerajaan, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah menjayakan Program Pengagihan Jalur Gemilang serta Bubur Lambok kepada pemilik-pemilik kenderaan di Pekan Marang.  Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Marang serta beberapa orang Pemuda/Puteri UMNO Dun Rhu Rendang dalam menjayakan program tersebut.


Sejumlah 1,000 jalur gemilang beserta dengan bubur lambok berjaya diagihkan serta mendapat sambutan yang luar biasa.  Semuga sambutan Kemerdekaan negara kita yang ke 54 disambut dengan penuh bermakna, berlebih-lebih lagi dalam suasana menyambut Hari Raya Aidil-Fitri.  MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...