Selasa, 23 Ogos 2011

LAWATAN KEBAJIKAN DIBULAN RAMADHAN - DUN RHU RENDANG

Tuan Haji Nik Dir merenung jauh mendengar luahan rasa yang
diperjelaskan oleh seorang warga emas Tok Ki berumur 95 tahun
di Kg. Paya, Marang, Terengganu

Rhu Rendang 23/08/2011 - Masyarakat keseluruhan sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Lebaran yang akan datang tidak beberapa hari lagi, Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama-sama dengan Ketua Wanita UMNO Toh Puan Zaiton Mat Amin.


Turut serta Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Marang serta rombongan mengambil kesempatan di bulan Ramadhan melakukan kunjungan hormat dan menghulurkan bantuan berbentuk wang tunai dan barang makanan kepada beberapa orang penduduk yang mengalami sakit kronik dan uzur disekitar kawasan Kg. Kijing, Kg. Paya, Kg. Alor Pak Bang dan Gong Nangka, Marang, Terengganu.

Kunjungan Pertama - Puan Sulong binti Muhamad, 92 tahun, 3313, Kg. Kijing, Marang, Terengganu. Mengidap penyakit tua, dan masih lagi mampu untuk melihat dan mendengar dengan jelas.






Kunjung Kedua - En. Abdul Ghani bin Jusoh, 76 tahun, Kg. Kijing, Marang, Terengganu mengalami sakit kejang otot dan tidak mampu untuk berjalan seperti biasa.






Kunjungan Ketiga - Puan Semek binti Hassan, 75 tahun, tinggal di Kg. Kijing, Marang mengidap penyakit 'parkinson', dan lemah badan serta tidak mampu untuk bangun seperti biasa, dan dijaga oleh anak-anak.





Kunjungan Keempat - Puan Rosnani binti Hassan, 50 tahun, tinggal di C-145, Kg. Kijing, Marang.  Mengidap penyakit sakit di bhg. pinggang sejak 2 bulan yang lalu akibat terjatuh.  Berbagai-bagai usaha telah dilakukan oleh suaminya, namun gagal. Hanya mampu terlantar dibaringan dijagai oleh suami.




Kunjungan Kelima - Puan Rosmah binti Sulong, 44 tahun, tinggal di Kg. Kijing,  Marang, Terengganu mengidap penyakit misteri sejak beberapa bulan yang lalu. Tidak mampu untuk membuat tugas seharian dan tinggal bersendirian dirumahnya.




Kunjungan Keenam - Puan Ngah binti Mat, 73 tahun, tinggal di B-1, Kg. Paya, Marang, mengidap penyakit tua dan tidak mampu untuk menjalankan tugas seharian.




Kunjungan ketujuh - En. Awang Boto bin Said, 67 tahun, tinggal di Kg. Alor Pak Bang, Marang.  Mengidap sakit lumput akibat terjatuh dilantai sejak 2 bulan yang lalu.



Kunjungan Kelapan - En. Wan Yahya bin Yusof, 70 tahun, tinggal di 23 Kg. Baru, Jalan Sawmill Lama, Marang, mengidap penyakit kencing manis, jantung sejak beberapa tahun yang lalu.



Kunjungan Kesembilan - Puan Wok binti Ghani, 59 tahun, Kg. Gong Nangka, Marang, mengidap penyakit kronik sejak beberapa tahun yang lalu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...