Jumaat, 26 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK SETEMPAT DAN RAKAN-RAKAN DUN RHU RENDANG


RHU RENDANG 25/08/2011 - Masyarakat setempat serta rakan-rakan karib tidak dilupakan , Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dikediaman beliau di Kg. Darat Pak Chan, Marang, Terengganu.  Tidak dilupakan juga, sanak saudara-mara terdekat untuk sama-sama menjamu selera di majlis yang diadakan.

Masyarakat serta rakan-rakan yang hadir mengucapkan jutaan terima kasih diatas majlis yang diadakan itu sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak serta menjelangnya hari lebaran yang akan disambut tidak beberapa hari lagi.  Bacaan tahlil serta doa selamat turut diadakan bagi menyemarakkan lagi majlis.











Beliau juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin, serta menjemput semua rakan taulan, masyarakat keseluruhannya ke Majlis Hari Raya pada 08 SEPT 2011 mulai jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang di Khemah Khas yang disediakan berhadapan dengan Balai SRS, Kg. Darat Pak Chan, Marang, Terengganu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...