Sabtu, 20 Ogos 2011

Tak cukup ‘winnable candidate’ perlu ‘ winnable consituency’


Image Detail
Ketika semua orang bercakap tentang konsep 'winnable candidate'dalam letak calon untuk pilihanraya umum ke 13 nanti, Datuk Seri Shahrir Samad melihat lebih jauh daripada itu.
 “Kita harus perluaskan konsep itu menjadikan winnable constituency.Tak cukup setakat  menitikberatkan soal winnable candidate”, katanya dalam interbiu dengan Agendadaily di bangunan Parlimen.
Dalam pilihanraya umum lalu, banyak kawasan yang dikuasai BN terlepas ke tangan pembangkang sekalipun calon-calon yang bertanding bukanlah calang-calang orangnya.

Kekalahan empat negeri serta banyak pemimpin kanan BN tewas telah mencetuskan teriakan tanda amaran bahawa satu reformasi menyeluruh perlu dibuat dalam penentuan calon yang benar-benar ‘ boleh menang’ yakni yang popular dan disukai rakyat tempatan bagi memastikan tsunami Mac 2008 tidak berulang.
Ada pihak yang berpendapat jika hal ini tidak diberi keutamaan pengalaman pilihanraya umum lalu akan berulang dan boleh menggugat peluang BN untuk meneruskan pemerintahan.
Bagaimanapun Shahrir – ahli Parlimen Johor Bharu dan bekas menteri - yang diminta mengulas hal ini yakin BN tidak menghadapi masalah untuk menang dan berkuasa balik pada PRU 13 nanti.
Cuma baginya soal kemenangan dua pertiga kerusi Parlimen ‘ adalah cerita lain’.
Beliau berulangkali kata yang penting ialah menang.
Soalnya sekarang dalam penentuan calon yang  ‘winnable’... apa kriterianya.



shahrir-b
Perlukah calon berkenaan berijazah serta memegang jawatan-jawatan penting di peringkat bahagian ataupun mereka yang diletakkan boleh saja didatangkan khas atau dalam istilah politik ‘ payung terjun’ dari luar.
Shahrir yang menjadi ahli parlimen sejak tahun 1978 dan pernah menang bertanding sebagai calon bebas di Johor Bharu mempunyai jawapan tersendiri kepada persoalan ini.
Untuk rekod, Shahrir pernah mencetuskan beberapa kontroversi seperti ikut menyokong pembangkang yang mahu dibahas soal seorang ahli parlimen BN yang dikatakan menganggu penyiasatan jabatan  kastam Melaka di dalam kes yang diberi jolokan “pejam sebelah mata.”
Pada masa itu Shahrir ialah Pengerusi BNBBC (kelab penyokong kerajaan di Parlimen) melanggar arahan whip dan kerana itu beliau hampir dikenakan tindakan disiplin.
Bagaimanapun Shahrir mengambil keputusan mengejut dengan meletakkan jawatan dari BNBBC.
Kini tokoh politik yang disegani dari selatan tanahair ini lebih banyak berperanan sebagai ahli ‘back bencher’ sahaja berbanding pernah suatu masa dulu memegang beberapa jawatan penting di dalam kerajaan.
Bagi yang terlepas pandang selain jawatan terakhirnya di dalam kerajaan  sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shahrir juga pernah berperanan sebagai Pengerusi PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara).



shahrir-c
Mereka yang sering ke Parlimen sedia maklum Shahrir adalah wajah setia di setiap sidang Dewan Rakyat.
Kelibatnya mengingatkan kita kepada sikap wakil rakyat yang berpegang teguh pada tanggongjawab yang diamanahkan.
Komitmennya dapat dilihat. Beliau jarang  sekali “ponteng”sidang Dewan Rakyat. Tak kira  sama ada sidang ditangguhkan jam 5.30 petang atau 8.30 malam atau 12.00 tengahmalam beliau akan tunggu hingga ke akhir.


Sudut yang disukai ialah di satu sudut kawasan lounge Ahli Parlimen sambil mengadap laptop.Sekali sekala ada ahli-ahli parlimen dari pembangkang bersalam dan bertanya khabar.



“Mejanya” di situ sentiasa penuh dan dikelilingi oleh mereka yang mahu berinterasi dengannya termasuk Ahli Parlimen muda yang ingin merujuk sesuatu padanya.
Dalam interbiu yang memakan masa hampir dua jam itu, Shahrir tidak menafikan ‘winnable candidate’ penting bagi memastikan BN memenangi pilihanraya umum akan datang.
Katanya persoalan yang timbul ialah bagaimana kalau di kawasan yang diletakkan calon winnable itu  ‘ tidak selamat’ maka winnable candidate itu tentu akan kecundang.
Malahan sebelum inipun pucuk pimpinan BN memayungterjungkan beberapa calon dari luar kawasan ke kawasan tertentu dengan harapan agar mereka peroleh kemenangan. “Ia pernah berlaku di beberapa negeri seperti Perak, Selangor,Johor dan sebagainya”,katanya.
Oleh itu beliau menganjurkan agar formula yang harus digunapakai ialah winnable constituency.
Beliau memberi Johor Bharu sebagai contoh.” Katakan kawasan ini konon selamat bagi Shahrir tapi dengan kuasa Allah, “kita tak tahu,katakan saya mati…bagaimana dengan calon pengganti, bolehkah dia menang?
“Tetapi kalau ia merupakan winnable constituency maka sesiapa saja yang diletakkan di Johor Bharu boleh menang . Malahan pula jika BN meletakkanwinnable candidate di winnable constituency akan tentulah BN akan menang dengan mudah,”ujarnya.
Dalam konteks ini Shahrir berpendapat, pihak bahagian harus diberi peluang menentukan calon-calon bertanding di dalam pilihanraya kerana mereka lebih arif mengenai calon serta kedudukan kawasan itu sendiri.
Dalam interbiu itu, Shahrir juga bercakap tentang beberapa perkara yang kurang disetujui seperti pembinaan jambatan bengkok.
”Kalau sekadar mengadakan jambatan lurus boleh menang pilihanraya maka ia merupakan isu infrastruktur,”katanya.
Sambil berseloroh beliau berkata banyak jambatan bengkok di dalam kawasannya yang mahu diluruskan.
Isu air yang menjadi duri dalam daging buat Malaysia dan Singapura juga disentuh. Tetapi sekarang, perjanjian sudahpun tamat, isu ini sudah basi.
Menurutnya Johor adalah negeri yang rugi kerana sumber pendapatan dari penjualan air ke Singapura sudah tidak lagi dirundingi dan dalam jangka panjang Singapura tidak lagi membeli air kita.
“Orang Kedah atau orang luar Johor tidak rugi, yang rugi ialah orang Johor”katanya. Ditanya mengapa Johor tidak bantah, beliau berkata perkara air itu diputuskan di peringkat persekutuan.
Menjawab satu soalan lain  Shahrir mengakui beliau tidak membaca buku bertajuk The Doctor in the House karya mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamed.
“Saya tidak baca buku ini dan saya juga tidak baca buku karya Barry Wain (Malaysia Maverrick:Mahathir Mohamed Turbulent Times) yang mengkritik Tun. Saya tak baca kedua-duanya. Jadi adillah, buku sana saya tak baca, buku inipun saya tak baca”.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...