“Kegiatan secara sembunyi menyukarkan kita untuk melakukan operasi mengesan dan membanteras”. Adakah ini alasan yang diberikan ??
Pukat KAYA bagaimana pulak ?
Jabatan
Perikanan Negeri Terengganu merampas lebih 50 bidang Pukat Pari termasuk 17
bidang pada tahun lepas di perairan Terengganu sejak tahun 2011.
Pengarah Jabatan Perikanan negeri Abdul Khalil Abdul Karim berkata Pukat Pari dengan mata pukat melebihi 25.4 sentimeter panjang, dipercayai menjadi punca utama penyu tersangkut dan lemas.
Pengarah Jabatan Perikanan negeri Abdul Khalil Abdul Karim berkata Pukat Pari dengan mata pukat melebihi 25.4 sentimeter panjang, dipercayai menjadi punca utama penyu tersangkut dan lemas.
Menurutnya penggunaan pukat berkenaan tidak dibenarkan mengikut Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980 namun peraturan itu dikatakan sukar untuk dikuatkuasakan.
"Walaupun
Pukat Pari ini diharamkan penggunaannya, namun kita dapati masih ada lagi
nelayan menjalankan kegiatan ini secara sembunyi dan itu menyukarkan
kita untuk melakukan operasi mengesan dan membanteras," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Abdul Khalil berkata lazimnya nelayan yang menjalankan kegiatan sedemikian akan melakukannya pada waktu malam bagi mengelak ditangkap penguatkuasa Jabatan Perikanan.
Beliau berkata penguatkuasa jabatan itu peka akan perkara ini dan sentiasa mengawasi dan memantau akiviti berkenaan dari semasa ke semasa termasuk mendapatkan bantuan hasil maklumat orang ramai.
Dalam pada itu, Abdul Khalil berkata sepanjang tahun lepas antara 30 dan 40 ekor penyu dilaporkan mati di Terengganu termasuk akibat penggunaan pukat pari.
Katanya fenomena itu amat membimbangkan seandainya masih tiada kesedaran semua pihak termasuk nelayan yang tidak memberikan perhatian atau menyelamatkan spesies terancam itu. - Bernama