Selasa, 3 Mac 2015

Stadium Sultan Mizan Boleh Diguna Mulai 31 Mac


KUALA NERUS, 2 Mac (Bernama) -- Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang runtuh pada Jun 2009 telah siap dibaiki dan boleh digunakan untuk kejohanan bola sepak dan majlis keramaian yang lain pada sebelah siang mulai 31 Mac.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Terengganu Datuk Shafii Mohamad berkata kerja membaiki stadium itu sepatutnya siap pada bulan lepas, tetapi disebabkan masalah cuaca hujan dan banjir, ia terlewat kira-kira sebulan setengah.

"Antara yang dibaiki ialah bahagian tempat duduk diraja, tempat duduk penonton, bilik-bilik persalinan dan bahagian padang yang melibatkan peruntukan kira-kira RM28 juta.

"Kami akan serahkan stadium ini kepada kerajaan negeri Terengganu apabila semua kerja berkenaan siap sepenuhnya," katanya ketika mengadakan taklimat tentang pembaikian stadium itu di sini, Isnin.

Shafii berkata kerja berkaitan lampu limpah sedang berjalan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan depan dan pada Mei, stadium itu boleh digunakan untuk kegiatan sebelah malam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...