Jumaat, 6 Mac 2015

PUTERI UMNO KENAPA PULAK NAK JAGA TEPI KAIN ORANG, BAIK SANGAT KE ?



“Tayang badan? Siku pun tidak nampak” – Dyana Sofya.
Kenapa sibuk sangat, Puteri UMNO apa kurangnya ??


KUALA LUMPUR, 5 Mac: “Siku pun tidak nampak!” kata Dyana Sofya Mohd Daud melalui akaun twitter miliknya sinis, sebagai mengulas kenyataan Pergerakan Puteri UMNO yang menganggap aksi ‘selfie’ beliau di bilik tidur sebagai tidak sopan.

Ketua Penerangan Puteri UMNO, Haryaty Hamdzah sebelum ini berkata, sebagai wanita muda, Dyana Sofya tidak perlu menayang badannya untuk menarik perhatian, termasuk untuk mengutip dana.

“Wanita muda tidak boleh menggunakan aksi sedemikian untuk menarik perhatian, lebih-lebih lagi untuk mengumpul dana.


“Ia perlakuan yang memalukan, Dyana harus fikir cara lain yang lebih sopan daripada bergambar dengan gaya sebegitu di bilik tidur,” katanya kepada Astro Awani.

Bekas calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan itu kembali menghangatkan media sosial, apabila tampil seperti model yang berpakaian baju tidur.

Dyana Sofya tampil mencari kelainan berkenaan, menerusi majalah Marie Claire bersama beberapa nama besar, antaranya Carmen Soo, Bernie Chan dan Fatimah Abu Bakar.

Menerusi laman Facebooknya, Dyana Sofya memuat naik sekeping gambar, bagi menampilkan aksinya dalam majalah berkenaan, untuk mengumpul dana membantu sebuah pertubuhan wanita.

“Anda telah mengambil gambar diri sendiri di tempat tidur? Jangan lupa untuk mendapatkan sebuah majalah bulan ini! Ikuti di Instagram.

“Muat naik gambar sendiri dengan kapsyen akan menderma RM10 kepada Women’s Aid Organisation (WAO) untuk setiap muat naik dan anda selesai!” tulisnya di laman Facebook beliau.


Kempen itu menyarankan personaliti tempatan merakamkan gambar mereka tanpa solekan dan Marie Claire akan mendermakan RM10 untuk setiap gambar yang dimuatnaik ke laman sosial Instagram.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...