Selasa, 26 Jun 2018

JAWAPAN BODOH DARI MAHATHIR


PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, BELIAU TIDAK TAHU tentang laporan mengenai penglibatan hartawan Tan Sri Vincent Tan dan T7 Global Bhd dalam projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

“Saya tidak tahu mengenainya. Saya tidak boleh memberi komen. ANDA HARUS BERTANYA KEPADA VINCENT TAN,” katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan mempertimbangkan semula untuk meneruskan projek ECRL kerana penglibatan Vincent Tan.

Dr Mahathir berkata, beliau “ok” dengan rancangan membina landasan kereta api tetapi menegaskan kosnya perlu dikurangkan dan sebab itulah kerajaan sedang merundingkan semula dengan kerajaan China mengenai perkara itu.

Beliau berkata, syarat-syarat semasa yang dicapai oleh kerajaan sebelum ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada Malaysia yang antara lain adakah pembayaran harus dibuat tanpa mengambil kira kemajuan projek.

“Semua syarat ini perlu dirundingkan semula, dan jika kita memperoleh syarat yang lebih baik, sudah tentu kita akan meneruskannya tetapi kita berharap untuk mengurangkan banyak kos memandangkan banyak salahlaku telah dilakukan.

“Contohnya, meminjam  RM55 bilion dari China, kita berpendapat ia tidak harus melibatkan kos yang begitu tinggi (Tapi pinjam RM70 bilion tak tinggi???). Syarat itu ialah kontrak yang diberikan kepada syarikat dari China, menggunakan pekerjanya sendiri, membawa semuanya dari sana. Jadi apa yang Malaysia dapat. Kita mahu mendapatkan sesuatu untuk Malaysia,” kata beliau.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan sedang berunding dengan pemilik Proton supaya Malaysia menjadi pembekal untuk komponen keretanya.

“Kita mahu mencuba dan mempunyai pembekal  tempatan membekalkan komponen dan juga mungkin mengadakan usahasama,” kata beliau ketika diminta mengulas mengenai pertemuan beliau dengan wakil Geely minggu lepas.

Mengenai komen beliau baru-baru ini yang membayangkan untuk mengkaji semula perjanjian air Malaysia dengan Singapura, Dr Mahathir berkata ia bukan perkara yang perlu disegerakan kerana kerajaan harus memberi perhatian kepada isu-isu lain untuk diselesaikan buat masa ini (ALASAN).

Sumber: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...