Khamis, 31 Mei 2018

#FIFA WORLD CUP 2018: RM40 JUTA GUNA TABUNG PAKATAN ???


SAYA menyokong segala usaha kerajaan mempercumakan semua keperluan dan termasuk SIARAN BOLA PERCUMA. Cuma saya persoalkan dari segi fakta negara hampir bankrap yang diwar-warkan oleh kerajaan PH, hutang yang melebihi RM1 trilion dan pelbagai penjimatan yang dipotong termasuk bonus kakitangan kerajaan yang asalnya untuk semua kakitangan kerajaan kemudian dihadkan kepada gred 41 ke bawah, asalnya RM500 dikurangkan kepada RM400 dan lain-lain.

TIBA-TIBA DIUMUMKAN PERUNTUKAN RM40 JUTA UNTUK RTM SIAR PIALA DUNIA PERCUMA. Di dalam normal pengurusan fiskal kewangan, jika keperluan terdesak seperti ada hutang yang AKAN MEMBANKRAPKAN NEGARA, unjuran yang tidak stabil, maka perbelanjaan bukan keperluan sepatutnya dikemudiankan. Tetapi apabila perbelanjaan bukan keperluan terdesak berlaku di dalam keadaan negara yang dikatakan terdesak, maka:
1. Jika perancang ekonomi negara sekarang ini cekap sebagaimana yang digambarkan, MAKA DAKWAAN PH SEBELUM PRU14 ADALAH BOHONG kerana mustahil perancang ekonomi yang baik boleh meluluskan jumlah yang besar yang tidak bersifat keperluan.
2. Jika benar ekonomi sekarang berada di ambang bankrap, tetapi perancang ekonomi negara tetap meluluskan bajet sebegitu, maka kerajaan hari ini hanya pandai mengkritik kerajaan BN dahulu tetapi mereka sendiri sedang membina kerajaan BN 2.0.
Jika no. 1 adalah benar, maka KERAJAAN PH MENANG MELALUI PENIPUAN yang dibuat sehingga menang PRU14. Jika no. 2 adalah benar, maka kerajaan sekarang perlu mendedahkan kepada rakyat chain of payment (rantaian pembayaran) bajet tersebut daripada RTM sehingga kepada penyedia program di peringkat penganjur asal luar negara.
Kekhuatiran ini berlaku disebab normal praktis dalam kerajaan korup mengutamakan perbelanjaan negara ke saluran yang terdapat kroni dan funder parti mereka. Normal juga kerajaan korup menutup projek rakyat disebabkan saluran bajet itu tidak melalui kroni dan funder parti mereka sekalipun projek itu dengan kos yang normal.
Bagi PAS, perkara ini insya Allah tidak akan berlaku jika memerintah Kerajaan Pusat justeru Islam tidak membenarkan berlaku penswastaan atau keterlibatan individu di tengah-tengah 'chain of payment' berdasarkan prinsip 'ANTI GHULUL' sebagaimana yang termaktub di dalam Dokumen Hijau.
Nota: tulisan ini perlu dibaca bukan dari aspek tak setuju bola percuma (justeru penulis sangat bersetuju), tetapi dari aspek betulkah dakwaan PH Malaysia hampir bankrap sebagaimana modal PRU mereka baru-baru ini. Jika tidak, maka mereka menang melalui penipuan pengundi. Jika tidak, maka kerajaan perlu dedahkan siapa pihak yang terbabit dengan pembelian siaran tersebut di Malaysia. – HARAKAHDAILY 31/5/2018

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...