Selasa, 22 Mei 2018

#TAKBIR: WARGA ISRAEL CEROBOH MASJID AL-AQSA SENGAJA MENCETUSKAN PROVOKASI


BAITULMAQDIS, 5 RAMADAN 1439H, – Kira-kira 300 WARGA ISRAEL melancarkan provokasi apabila menceroboh masuk Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis, semalam.

Ketua Biro Media Jabatan Imigresen Islam di Baitulmaqdis, Firas al-Debs berkata, 284 INDIVIDU MENYERBU MASUK KE TAPAK SUCI melalui Bab al-Magharibah, dengan perlindungan ketat beberapa kumpulan askar rejim Israel dan pasukan polis khas, lapor agensi berita berbahasa Arab Safa.

Firas berkata, penceroboh cuba melakukan perbuatan yang dianggap provokasi oleh rakyat Palestin di halaman masjid, tetapi para pelawat muslim dan pengawal masjid bertindak menentang mereka.

Pegawai Palestin berkata, DIJANGKAKAN LEBIH RAMAI PELAMPAU ISRAEL AKAN MENCEROBOH MASJID AL-AQSA hari ini, kerana mereka sedang MEMPERINGATI HARI YAHUDI SHAVUOT.

Wilayah Palestin telah menyaksikan ketegangan baru sejak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke bandar yang diduduki. – Agensi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...