KUALA LUMPUR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra
Jamalullail diminta untuk TIDAK MENCAMPURI URUSAN PENTADBIRAN
NEGERI, kata Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Kenyataan
itu dikeluarkan Shahidan susulan Datuk Seri Azlan Man yang baharu mengangkat
sumpah jawatan Menteri Besar Perlis biarpun tanpa mendapat sokongan tanpa
kehadiran sembilan Adun BN.
“SAYA MERAYU TUANKU RAJA SUPAYA MENGHORMATI
PERLEMBAGAAN SEBAGAI RAJA BERPERLEMBAGAAN.
“TUANKU
TAK PERLU CAMPUR TANGAN TENTANG PENTADBIRAN SEBAB PENTADBIRAN AKAN URUSKAN.
TIDAK PERLU RISAU PERLIS TIADA BAJET DAN SEBAGAINYA, ITU ADALAH URUSAN MENTERI
BESAR,” katanya di ibu pejabat Umno, di sini
semalam.
Shahidan
berkata, kami memohon supaya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya
campur tangan, kaji semula kuasa pelantikan Menteri Besar.
Beliau turut merayu terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin
Muizzuddin Shah sebagai pakar undang-undang untuk memberi pandangan tentang
perkara ini.
Dalam
pada itu, ditanya mengenai titah Raja Perlis yang murka dengan tindakan
sembilan Adun BN yang tidak hadir pada majlis pelantikan dan angkat sumpah
menteri besar semalam, SHAHIDAN KELIHATAN TIDAK BERPUAS HATI.
“APA ITU MURKA? ANDA BAGI TAHU SAYA APA ITU MURKA? APA MAKNA MURKA? INI
BAHASA-BAHASA YANG DIPERINDAH DEMIKIAN RUPA.
“Tak
adil. Kami bertanding pilihan raya. Kami berhak untuk menentukan siapa pemimpin
kami. Kita bertungkus lumus. saya menggadai jiwa dan raga untuk pilihan raya.
Tak kiralah negari lain kalah tapi saya menang dua per tiga majoriti,” katanya.
Jelasnya,
pelantikan yang dipilih tanpa sokongan majoriti adalah tidak beretika dalam
perlembagaan.
Terdahulu,
media melaporkan Tuanku kecewa dengan tindakan sembilan Adun BN kerana tidak
menghadiri upacara angkat sumpah jawatan menteri besar.
Dalam
majlis itu, Azlan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis, lebih dua
minggu selepas PRU14 lalu.
Sumber: KLIK DISINI