KUALA
LUMPUR: Lebih 500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam meminta rakyat
khususnya orang Islam hanya MEMILIH
CALON YANG SANGGUP MEMPERTAHANKAN ISLAM sebagai pemimpin menjelang Pilihan Raya
Umum Ke-14 (PRU-14).
Pengarah
Himpunan NGO/NGI, Mohd. Zai Mustafa berkata, tindakan itu perlu memandangkan wujudnya pihak yang berani mencabar
dan mempertikaikan kelebihan Islam sebagai agama Persekutuan.
Katanya,
sekiranya rakyat alpa dengan pembohongan pihak berkenaan, dikhuatiri pentadbiran negara akan
lebih cenderung ke arah liberal sekali gus akan menghapuskan Islam
sebagai agama rasmi.
“Kami
harapkan RAKYAT LEBIH BERANI BERSUARA MENEGAKKAN PRINSIP ISLAM
di negara ini. Justeru program ini diadakan sebagai satu peringatan kepada
rakyat agar bertindak bijak dalam memilih pemimpin yang bakal mentadbir negara.
“Pemimpin yang dipilih hendaklah berani melawan bantahan
daripada pihak yang mahu menjatuhkan Islam,”
katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam Himpunan Deklarasi Pimpinan NGO
Tsunami Melayu Islam di sini, semalam.
Himpunan itu
diadakan ekoran wujud beberapa pihak secara lantang bersuara mahukan hak sama
rata dalam kalangan kaum bukan Melayu dan Islam.
Tambah Mohd.
Zai, desakan yang wujud daripada beberapa pihak yang menghentam Islam serta
mempertikaikan institusi raja berperlembagaan yang beridentitikan Islam secara
terang-terangan menjadi agenda utama perhimpunan itu diadakan.
Sumber: KLIK DISINI